Pekan Sungai Kota
Lokasinya terletak lebih kurang 8 Kilometer daripada Bandar Parit Buntar.Sekiranya datang dari Kuala Lumpur anda boleh keluar melalui tol Bandar Bahru dan terus menghala ke Parit Buntar.Dan jika datang dari Arah Utara boleh keluar melalui tol Jawi dan menghala terus ke Parit Buntar.
Menurut cerita orang tua-tua.Nama Sungai Kota diambil sempena terdapatnya sebuah kota yang didirikan di kawasan tepi pantai di pekan Sungai Kota itu.Kota tersebut didiami oleh raja dari keturunan raja perak.
Pekan yang mempunyai rata-rata penduduknya beragama islam.Masjid yang didirikan oleh penduduk kampung asalnya hanyalah berdinding dan lantai papan sahaja.Tapak asal masjid Sungai Kota adalah sebelah tapak bekas kota raja yang didirikan di tepi pantai dahulu.Kemudiannya dipindahkan di tapak yang baru.
No comments:
Post a Comment